Ayah dengan anak bujangnya
Tips yang paling mudah dan senang ayah ayah diluar sana amalkan,
- Rajin meluangkan masa dengan anak-anak
Jika di rumah, ayah janganlah asyik sibuk memegang handphone jer Whastapp atau Facebook. Apa kata ayah menghabiskan masa berbual dan bertanyakan aktiviti seharian si anak di taska, rumah pengasuh atau di sekolah. Elakkan memuji anak orang lain di hadapan anak kita.
- Amalkan makan malam sekeluarga (lagi afdal masakkan sekali)
Makan malam bersama keluarga adalah satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan. Ketika itu masing-masing boleh ‘update’ tentang hal yang berlaku pada hari tersebut. Ketika ini ayah boleh memainkan peranan sebagai pendengar dan pemberi nasihat yang terbaik untuk anak anak dan ibu. :)
- Jangan malu meluahkan kasih sayang
Ada sesetengah ayah berasa kekok untuk
memeluk, men
cium atau memberitahu dia sayang kepada anak anak kan. Peluk dan ciumlah selalu anak-anak anda supaya mereka tahu walaupun ayah terkenal garang dan tegas tetapi dia tetap penyayang. Selalu yang ayah Amani Amru buat setiap pagi ayah akan peluk dan bagitau "ayah sayanggggg kakak, ayah sayangggg adik". Sweet sour disitu di pagi hari.
|
Kakak Amani |
- Berikan dorongan kepada anak
Apabila anak berjaya mencapai sesuatu yang positif, berikan
dorongan dan kata-kata pujian kepadanya. Bagaimanapun sekiranya dia kurang berjaya, jangan diherdik sebaliknya berikan kata-kata semangat untuk terus mencuba lagi. Anak tentu tahu, dia ada ayah yang menjadi pendorong utamanya.
- Ayah adalah role model
Mengajar anak-anak nilai-nilai positif dalam hidup adalah tanggungjawab utama ayah. Ingatlah yang anak melihat apa yang ayah tunjukkan dan mereka belajar daripada diri anda. Oleh itu tunjukkan
contoh terbaik sebagai ayah jika mahu anak juga berperilaku baik dan terpuji.
|
Adik Amru Haq |
Sekian sahaja perkongsian sis malam ni untk anda semua
#protocolkids #protocolkidsfamily
Jangan lupa follow Instagram @protocolkids
Like Facebook page The Protocol Kids
No comments:
Post a Comment