Friday, 15 December 2017

Throwback protocolkids boss kecik kecik dulu

A'aisy Amani nama diberi ketika usianya 7 hari, kecik kecik dulu orangnya tak banyak ragam, nangis nak susu, tapi sembelit yang amat.hahhahaha, Trauma ibu! Hari ni amani dah 5 tahun, skit je lagi nak masuk 6 tahun. Cepatnya Amani membesar, Alhamdulillah, ibu syukur Amani sekarang dah pandai jaga diri, panadai urus diri, pandai tolong ibu masak kat dapur, pandai sepah rumah :) pandai jaga adik Amru, Lagi terharu sekarang ni sebab Amani dah boleh tolong ibu letakkan tag baju kat protocolkids. 



Mak esah sangat!!!


Amani usia 5 bulan kot ni, ibu rasanya lah.lupe dah

gigi mane gigi

Amani 2 bulan

macam nak penyet je pipi tu

time ni berakal la skit, sebab kejenya nak panjat saja

mintak cubit


hobi sampai 4tahun yer.dah masuk school baru taubat tak nk hisap jari dah,

comelnya awak

kungfu pink

cameron

Bergaun 

kakak to be time ni

ayang gila baju polkadot ni dulu

kak jemah in de house


sejenis suke belonyang mahal mahal dulu!

throwback ikea 

Thursday, 7 December 2017

5 Tips menjadi seorang SUPERHERO dimata anak

Assalamualaikum & Hai Mom Dad

Blog hari ni #protocolkids nak share 5 tips untuk menjadi ayah SUPERHERO!

Kebiasaannya anak-anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah kan kan, tapi anak anak sis manja dengan ayah diaorang, acaner tu, sis garang diaorang cakap :)  Namun siapa kata seorang ayah tidak boleh menjadi sahabat karib kepada anaknya kan. Ikuti tips-tips di bawah untuk mendidik seorang ayah menjadi ayah yang hebat di mata anak-anak yang tersayang.




Ayah dengan anak bujangnya


Tips yang paling mudah dan senang ayah ayah diluar sana amalkan,
  1. Rajin meluangkan masa dengan anak-anak
Jika di rumah, ayah janganlah asyik sibuk memegang handphone jer Whastapp atau Facebook. Apa kata ayah menghabiskan masa berbual dan bertanyakan aktiviti seharian si anak di taska, rumah pengasuh atau di sekolah. Elakkan memuji anak orang lain di hadapan anak kita.
  1. Amalkan makan malam sekeluarga (lagi afdal masakkan sekali)
Makan malam bersama keluarga adalah satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan. Ketika itu masing-masing boleh ‘update’ tentang hal yang berlaku pada hari tersebut. Ketika ini ayah boleh memainkan peranan sebagai pendengar dan pemberi nasihat yang terbaik untuk anak anak dan ibu. :)
  1. Jangan malu meluahkan kasih sayang
Ada sesetengah ayah berasa kekok untuk memeluk, mencium atau memberitahu dia sayang kepada anak anak kan. Peluk dan ciumlah selalu anak-anak anda supaya mereka tahu walaupun ayah terkenal garang dan tegas tetapi dia tetap penyayang. Selalu yang ayah Amani Amru buat setiap pagi ayah akan peluk dan bagitau "ayah sayanggggg kakak, ayah sayangggg adik". Sweet sour disitu di pagi hari.
Kakak Amani
  1. Berikan dorongan kepada anak
Apabila anak berjaya mencapai sesuatu yang positif, berikan dorongan dan kata-kata pujian kepadanya.  Bagaimanapun sekiranya dia kurang berjaya, jangan diherdik sebaliknya berikan kata-kata semangat untuk terus mencuba lagi. Anak tentu tahu, dia ada ayah yang menjadi pendorong utamanya.
  1. Ayah adalah role model
Mengajar anak-anak nilai-nilai positif dalam hidup adalah tanggungjawab utama ayah. Ingatlah yang anak melihat apa yang ayah tunjukkan dan mereka belajar daripada diri anda. Oleh itu tunjukkan contoh terbaik sebagai ayah jika mahu anak juga berperilaku baik dan terpuji.
Adik Amru Haq


Sekian sahaja perkongsian sis malam ni untk anda semua
#protocolkids #protocolkidsfamily
Jangan lupa follow Instagram @protocolkids
Like Facebook page The Protocol Kids

Throwback protocolkids boss kecik kecik dulu

A'aisy Amani nama diberi ketika usianya 7 hari, kecik kecik dulu orangnya tak banyak ragam, nangis nak susu, tapi sembelit yang amat.ha...