Friday, 15 December 2017

Throwback protocolkids boss kecik kecik dulu

A'aisy Amani nama diberi ketika usianya 7 hari, kecik kecik dulu orangnya tak banyak ragam, nangis nak susu, tapi sembelit yang amat.hahhahaha, Trauma ibu! Hari ni amani dah 5 tahun, skit je lagi nak masuk 6 tahun. Cepatnya Amani membesar, Alhamdulillah, ibu syukur Amani sekarang dah pandai jaga diri, panadai urus diri, pandai tolong ibu masak kat dapur, pandai sepah rumah :) pandai jaga adik Amru, Lagi terharu sekarang ni sebab Amani dah boleh tolong ibu letakkan tag baju kat protocolkids. 



Mak esah sangat!!!


Amani usia 5 bulan kot ni, ibu rasanya lah.lupe dah

gigi mane gigi

Amani 2 bulan

macam nak penyet je pipi tu

time ni berakal la skit, sebab kejenya nak panjat saja

mintak cubit


hobi sampai 4tahun yer.dah masuk school baru taubat tak nk hisap jari dah,

comelnya awak

kungfu pink

cameron

Bergaun 

kakak to be time ni

ayang gila baju polkadot ni dulu

kak jemah in de house


sejenis suke belonyang mahal mahal dulu!

throwback ikea 

Thursday, 7 December 2017

5 Tips menjadi seorang SUPERHERO dimata anak

Assalamualaikum & Hai Mom Dad

Blog hari ni #protocolkids nak share 5 tips untuk menjadi ayah SUPERHERO!

Kebiasaannya anak-anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah kan kan, tapi anak anak sis manja dengan ayah diaorang, acaner tu, sis garang diaorang cakap :)  Namun siapa kata seorang ayah tidak boleh menjadi sahabat karib kepada anaknya kan. Ikuti tips-tips di bawah untuk mendidik seorang ayah menjadi ayah yang hebat di mata anak-anak yang tersayang.




Ayah dengan anak bujangnya


Tips yang paling mudah dan senang ayah ayah diluar sana amalkan,
  1. Rajin meluangkan masa dengan anak-anak
Jika di rumah, ayah janganlah asyik sibuk memegang handphone jer Whastapp atau Facebook. Apa kata ayah menghabiskan masa berbual dan bertanyakan aktiviti seharian si anak di taska, rumah pengasuh atau di sekolah. Elakkan memuji anak orang lain di hadapan anak kita.
  1. Amalkan makan malam sekeluarga (lagi afdal masakkan sekali)
Makan malam bersama keluarga adalah satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan. Ketika itu masing-masing boleh ‘update’ tentang hal yang berlaku pada hari tersebut. Ketika ini ayah boleh memainkan peranan sebagai pendengar dan pemberi nasihat yang terbaik untuk anak anak dan ibu. :)
  1. Jangan malu meluahkan kasih sayang
Ada sesetengah ayah berasa kekok untuk memeluk, mencium atau memberitahu dia sayang kepada anak anak kan. Peluk dan ciumlah selalu anak-anak anda supaya mereka tahu walaupun ayah terkenal garang dan tegas tetapi dia tetap penyayang. Selalu yang ayah Amani Amru buat setiap pagi ayah akan peluk dan bagitau "ayah sayanggggg kakak, ayah sayangggg adik". Sweet sour disitu di pagi hari.
Kakak Amani
  1. Berikan dorongan kepada anak
Apabila anak berjaya mencapai sesuatu yang positif, berikan dorongan dan kata-kata pujian kepadanya.  Bagaimanapun sekiranya dia kurang berjaya, jangan diherdik sebaliknya berikan kata-kata semangat untuk terus mencuba lagi. Anak tentu tahu, dia ada ayah yang menjadi pendorong utamanya.
  1. Ayah adalah role model
Mengajar anak-anak nilai-nilai positif dalam hidup adalah tanggungjawab utama ayah. Ingatlah yang anak melihat apa yang ayah tunjukkan dan mereka belajar daripada diri anda. Oleh itu tunjukkan contoh terbaik sebagai ayah jika mahu anak juga berperilaku baik dan terpuji.
Adik Amru Haq


Sekian sahaja perkongsian sis malam ni untk anda semua
#protocolkids #protocolkidsfamily
Jangan lupa follow Instagram @protocolkids
Like Facebook page The Protocol Kids

Wednesday, 15 November 2017

Pengalaman di BECON

Assalamualaikum hye :)

Malam ni nak throwback balik zaman zaman lepas study dulu kat Politeknik Johor Bahru. Habis study kelam kabut cari kerja sebab masa tu nak bayar sang kancil, nak bayar deposit rumah sewa time tu. Sibuk lah wat buat resume. Cari punya cari dapat lah panggilan interview dari Becon Kempas Johor Bahru. Terbayang bayang lagi becon tu sekarang ni.

Tak tau lah nape mase pergi interview tu dengan muka tak tau malunya isi position Graphic Designer. kahkahkah, sesungguhnya time tu memang basic pon takde sebab kos yang saya study dulu Industrial Design, tak kene mengena langsung dengan graphic design. tapi tak tau la eak memang suka graphic time study, dah tersalah isi mase apply poli dulu gamaknya, so redha aje lah,nak tukar kos pon dulu macam banyak keje nak kena buat. Jadi nak tak nak, ku redha habiskan pengajianku itu disana sehingga diploma. Syukur jugak dapat jumpe kawan kawan dan pensyarah yang sangatt luar biasa bagi saya.

So, bila interview apa Mr Alvin tu tanya semua saya kat saya kata boleh. Dengan confident level yang tinggi ntah pape mase tu. Semua saya anggukkan jer.Finally saya diterima kerja kat situ. Berbunga bunga tau hati den balik rumah dengan sang kancilku itu.

Esoknya macam biasa masuk kerja punch card dulu dapatlah satu meja dan kerusi di sudut printer yang besar besar, agak pelik masa tu, mende ape lah ni besor yang amat.Ouhh rupanya printer namanya Fuxi Xeroc(kalau tak silap eja lah) saya ditraining selama 3 hari uolls.hahahhaa

Sekali MR Alvin bagi kerja untuk design saya rase macam nak masuk dalam printer tu sebab takut oi, nak design tak reti.senior takde junior pon takde time tu. Saya designer sulung masuk. hahhahahhaha, adoi! Cukup 5, 6 kali diberi tugasan saya tak dapat bagi komitmen sepenuhnya. Akhirnya saya jeng jeng jeng, saya dibuang kerja.hahhhahahahhahahahhaha.pilu hakak tau.

Balik rumah rasa nak nangis jer, meleleh airmata time tu. Niat memang nak cari rezeki, nak berdikari. Tapi masa tu saya terpikir Allah nak bagi  rahmat sebab tu saya diuji hari tu. Balik rumah saya buntu, macam takleh nak move on.!st time kerja pastu kene buang kerja,rase macam putus cinta.hahhahaa. Saya terus tekad satu hari nanti aku boleh buat design, aku mesti boleh.Tekad dalam hati saya memang boleh. Seiring dengan minat sebenarnya.Saya memang suka mende mnde cute, yang berseni ni saya suka.Datang sendiri minatnya tu. seminggu saya tanam anggur, makan hati ulam jantung. One day saya ikut housemate saya pergi office dia kat Taman Molek. Nak djadikan cerita ade sorang chinese datang office borak borak dengan 'May' iaitu boss housemate saya. Dia bagitau kawan dia  nak cari graphic designer,diaorang cakap saya boleh. Haa udah ni kang lagi kene buang keje lagi ni. Tapi saya gagahkan diri pergi interview. Rezeki lagi diterima kerja kat situ. Rezeki saya disitu.

First time boss datang kat meja saya, dia mintak saya trace design, menggigil kepala lutut ni ha. Tak reti oi, hahahahha. Saya dengan muka tau tau malu pergi meja sebelah tanya chinese (senior designer) kat situ. Alhamdulillah, walaupon die chinese, dia tak lokek ajar saya satu persatu sampai saya boleh trace design yang boss bagi hari tu. Dimana ada usaha, InshaAllah Allah tunjuk jalan. Siaplah tugasan saya hari pertama. 
Hari kedua saya belajar lagi belajar lagi terus belajar, belajar dan belajar, sampai satu masa saya sendiri terlupa yang saya dah boleh buat design guna Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. 
Sebenarnya kat situ saya banyak belajar erti kepayahan dan kejayaan. Betullah orang cakap, kalau kita betul betul kita nak kan sesuatu tu kita usaha, usaha dan usaha, dengan izin Allah kita pasti dapat. Doa saya masa tu saya nak maju dan lebih maju dan terus maju dalam pekerjaan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama lamanya. Bila saya jatuh, saya tak putus asa untuk terus bangkit meneruskan ape yang saya minat dan suka.

Terima Kasih Mr Jonathan terima saya dan sudi bagi tunjuk ajar pada saya. 
ilmu yang diberi saya manfaatkan untuk karier saya. Akhirnya wujudlah PROTOCOLKIDS pada Januari  2016. Saya sayang pekerjaan saya sekarang di protocolkids. saya bermula dari zero, belajar dari pengalaman sehingga sekarang saya ade heat press dan cameo machine sendiri. Besar bagi saya mende tu semua sebab saya dapatkan di atas usaha sendiri. Mungkin kecil dimata orang lain, tapi besar dimata saya . Bersyukur Ya Allah di atas rezeki ini.

Akhitr kata, thankyou uols sudi  baca coretan yang tak seberapa ni and thankyou so much yang banyak support kami di protocolkids.


Jalan lupe Like Page Facebook : The Protocol Kids dan follow ig kami di @protocolkids.

Bye bye








Saturday, 11 November 2017

10 Tips Memilih Pakaian Untuk Si Kecil Agar Cantik Dan Selesa


10 Tips Memilih Pakaian Untuk Si Kecil Agar Cantik Dan Selesa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera #protocolkidsfamily
Membeli pakaian untuk anak-anak merupakan satu keutamaan bagi ibu bapa apatah bila anda pertama kali mendapat anak pastinya pelbagai jenis pakaian yang akan anda beli untuk mereka. Apatah lagi si ibu yang pertama kali merasai pengalaman menjadi ibu. 

Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil setiap kali ke kedai bayi, baju kanak-kanak adalah tempat pertama yang akan dituju.. Namun tidak dinafikan ada masanya anda akan menghadapi dilema dalam memilih atau membeli baju buat anak kecil anda..
10 Tips Untuk Memilih Pakaian Untuk Si Bayi Anda : 
1. Kriteria yang perlu anda fikirkan sebelum memilih pakaian anak anda adalah kualiti pakaian tersebut. Ini kerana kebanyakkan kulit kanak-kanak kecil lebih sensitif disebabkan itu dalam memilih pakaian anda perlu memilih pakaian terbaik untuk mereka. Kain kapas merupakan bahan atau material yang baik dan sesuai untuk anak anda.
2. Bagi memastikan keselamatan baju yang anda beli, anda perlu membasuh pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum anak anda memakai pakaian tersebut. Ia bagi mengelakkan si kecil anda daripada dijangkiti bahan-bahan melekat pada baju atau barangan lain yang mungkin menyebabkan rengsakan kulit anak-anak.. 

3. Pilih pakaian yang sesuai dengan saiz anda adalah salah satu tips memilih pakaian untuk anak anda. Mungkin ketika membeli pakaian si kecil terdapat kesilapan dalam memilih saiz.. Oleh itu, pilihlah kedai atau penjual online yang menawarkan khidmat kembali atau menukar saiz pakaian supaya anda tidak membazir begitu sahaja.
4. Pilihlah warna-warna yang terang dan ceria untuk si kecil anda lagi-lagi si puteri kesayangan mama dan papa. Antara warna cerah seperti biru, hijau, merah jambu dan unggu pastinya menjadi pilihan terbaik. Namun tidak salah untuk memilih warna lain seperti warna hitam yang memberi kesan manis kepada anak anda.. 

5. Apabila anda memilih pakaian untuk anak lelaki anda pilihlah baju T bersama denim atau seluar yang diperbuat daripada kain kapas. Jika anda memilih baju yang berpetak dan berjalur pilihlah baju yang tidak mempunyai warna yang banyak. 
6. Baju kanak-kanak lebih menarik bila ia kelihatan comel apabila dipakai, bewarna cerah dan ringkas yang memperlihatkan kesan yang lebih sihat, bersih dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

7. Sekiranya memilih baju yang bercorak bunga atau sebagainya pilihlah corak baju yang tidak melebihi 3 warna dan corak yang dipilih tidak terlalu besar.
8. Cari atau beli baju yang mudah dibasuh dan diperbuat daripada fabrik yang selesa. Jika baju yang dipilih yang bewarna carilah baju yang tidak mudah luntur.
9. Pilih saiz yang besar dalam membeli pakaian si kecil untuk memberikan keselesaan kepada mereka dan memberi pengaliran udara yang baik dan mampu mengelakkan ruam. 
10. Bagi mengikuti fesyen terkini anda tidak perlu membazir membeli baju baru tetapi pelbagai gaya dan padankan kain serta warna yang berbeza.
Diharapkan tips yang diberikan dapat membantu anda dalam membeli pakaian terbaik untuk si manja anda.. 
Selamat membeli dan mencuba!

Throwback protocolkids boss kecik kecik dulu

A'aisy Amani nama diberi ketika usianya 7 hari, kecik kecik dulu orangnya tak banyak ragam, nangis nak susu, tapi sembelit yang amat.ha...